Logo
EN BM
Kembali ke Blog

10 Sumber Rezeki

Purification (Tazkiyyah) January 28, 2026 3 minit bacaan
10 Sumber Rezeki

1. Rezeki yang telah dijamin
Setiap makhluk telah ditentukan rezekinya oleh Allah, sama ada di langit mahupun di bumi.
Dan tidak ada satu pun makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah yang menjamin rezekinya. Dan Dia mengetahui tempat tinggalnya dan tempat simpanannya. Semuanya tertulis di dalam Kitab yang nyata.” (Hud: 6)

 

2. Rezeki melalui usaha & kerja yang dilakukan
Manusia hanya memperoleh apa yang diusahakannya dengan ikhtiar, kesungguhan dan amanah.
Dan bahawa sesungguhnya manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.”(An-Najm: 39)

 

3.Rezeki kerana sentiasa bersyukur
Kesyukuran atas nikmat yang ada akan membuka pintu rezeki yang lebih luas dan berkat.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada kamu; dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

 

4. Rezeki yang datang tanpa disangka-sangka kerana bertakwa
Ketaqwaan kepada Allah menjadi sebab rezeki datang dari jalan yang tidak dijangka.
Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan Dia akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya.”(At-Talaq: 2–3)

 

5. Rezeki kerana beristighfar
Memohon keampunan Allah membersihkan dosa dan menjadi sebab dilimpahkan rezeki.
Maka aku berkata kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat kepadamu, dan memperbanyakkan harta serta anak-anakmu”(Nuh: 10–11)

 

6. Rezeki melalui perkahwinan yang diberkati
Perkahwinan yang diredai Allah membuka pintu rezeki dan ketenangan hidup.
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya), Maha Mengetahui.”(An-Nur: 32)

 

7. Rezeki melalui anak-anak
Anak adalah amanah dan juga jalan rezeki, maka jangan takut miskin kerana mereka.
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka itu adalah satu dosa yang besar.”(Al-Isra’: 31)

 

8. Rezeki melalui amalan bersedekah
Harta yang disedekahkan tidak akan berkurang, bahkan digandakan oleh Allah.
Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasan kepadanya dengan berlipat kali ganda. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki), dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.”(Al-Baqarah: 245)

 

9. Keberkatan rezeki pada waktu awal pagi
Waktu pagi adalah masa yang penuh keberkatan untuk memulakan usaha dan mencari rezeki. 

Hadis:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

          Maksud:
        “Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi mereka.”

        Riwayat Abu Dawud (2606), At-Tirmizi (1212) – Hadis Hasan Sahi10. 

 

10. Rezeki Melalui Silaturrahim

Menyambung hubungan kekeluargaan dan persaudaraan meluaskan rezeki serta memanjangkan umur. 

          Hadis:
        مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

          Maksud:
       “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung silaturrahim.

        Riwayat Al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557)

        Allah berfirman, “Dan mereka yang menghubungkan apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhan mereka serta bimbang akan hisab yang buruk.” (Ar-Ra'd: 21)

 

Nukilan: Admin

Networth Solutions
Diterbitkan Oleh

superadmin

Memperkasakan masa depan kewangan anda dengan wawasan pakar dan penyelesaian profesional. Networth Solutions berdedikasi untuk membantu anda berkembang maju.