Syukur Alhamdulillah mesyuarat antara waris Faraid Almarhumah Rashimah Binti Ahmad telah selesai seminggu sebelum tarikh bicara pusaka diadakan.
Isu harta pusaka memang isu sensitif kepada masyarakat, tetapi jika semua waris memberi kerjasama, besarkan hati dalam menguruskannya, pasti isu yg susah menjadi mudah.
Segala salah faham dan pendapat masing-masing perlu diluahkan di dalam mesyuarat supaya semua waris faham apa yang menjadi penghalang kepada urusan pusaka tersebut. Kekusutan perlu dileraikan dalam mesyuarat kerana hasilnya SILATURAHIM antara waris terjaga hingga akhir hayat InsyaAllah.
Nukilan: Admin NS
Networth Solutions
Memperkasakan masa depan kewangan anda dengan wawasan pakar dan penyelesaian profesional. Networth Solutions berdedikasi untuk membantu anda berkembang maju.